KS1T Bowling Tournament

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, May 24, 2011 [ ]

Winamp: Intan Jadi Kenyataan by Spoon

Assalamu'alaykum wbt
Korang ingat x Niza pernah story pasal Niza pegang post yang paling Niza tak suka > Setiausaha. Kalau tak ingat, klik sini. So, agak-agak korang Niza berjaya tak jadi SU yang bagus??? Ehe~ ofcoz la tak (pada Niza la... sebab minit mesyuarat pun kene betulkan sebab terlalu ringkas =P). But Niza selalu akan cuba yang terbaik.

Okay, our 1st event dr KS1T adalah "Bowling Tournament" yang telah diadakan di Mega Lanes, Sunway Pyramid. So far, Niza telah terlibat dari segi bajet belanjawan, book tempat, urusan hadiah, hinggalah ke laporan. Ade lagi sampingan2 yang lain. Wah~ cam terlibat dalam semua kan... takde AJK lain ke? Ehe~ ade je... ade la dalam 3-4 orang jugak. Biasalah tu, Niza bukannye tak pernah buat keje sorang2 tuk event, bukan tak pernah cover keje orang lain tuk event. Ada beberapa faktor Niza terpaksa/dipaksa jadi sebegitu. 1- Consider akan masalah orang lain (wlp orang lain tak consider dengan masalah kita); 2- Perfectionist~ Aha~ Ni mmg ade masalah skit, dalam handle event, Niza sebolehnya nak mencapai tahap perfect... but ofcoz kita manusia ni tak lari daripada masalah tambah2 pulak bila deal dgn ragam manusia kan :) ; 3- Malas nak suruh orang buat keje 3-4 kali, so last2 better Niza buat sendiri.



Alhamdulillah, berkat usaha SEMUA ajk KS1T, maka berlansungnya "Bowling Tournament" pada 13 Mei 2011. Seramai lebih KURANG dari 48 orang yang telah terlibat (yang bg name 48 orang, yang datangnye xsampy pun 48) dalam Bowling Tournament ini. Wah~ memang meriah sungguh. Niza yang tak main ni pun rase meriah, apetah lagi yang main + dapat hadiah tu kan ^^ Warga T3liti memang best la~ Tambah2 yang mengeluarkan skill2 yang terpendam tu kan~ ^^

Laporan Rasmi:

Program “Bowling Tournament” santai ini telah diadakan di Mega Lanes, Sunway Pyramid pada 13 Mei 2011. Seramai 48 orang staf Teliti yang telah menyertai program ini. Meraka dibahagikan kepada 12 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada empat orang
pemain. Pembahagian kumpulan dibuat secara rawak dan telah mendapat persetujuan
daripada semua ahli KSIT.

Perlawanan bermula kira-kira jam 5.45 petang dan berakhir kira-kira jam 7.15malam. Program berjalan dengan lancar dan baik. Acara penyampaian hadiah dijalankan sebaik sahaja tamat permainan daripada semua kumpulan. Keputusan perlawanan adalah seperti yang terdapat di dalam Lampiran 2, manakala pemenang perlawanan adalah seperti berikut:

1. Juara Perseorangan Lelaki : Ahmad Shahzi Bin Ahmad Khairi
2. Juara Perseorangan Perempuan : Irwani Noorbaiti Binti Abd Samad
3. Naib Juara Perseorangan Lelaki : Mohd Hanif Bin Hassan
4. Naib Juara Perseorangan Perempuan : Yusnida Binti Hj Mohd Yusoff

5. Juara Berkumpulan :
Kumpulan 4
Zuraimi Idris
Muhammad Nazim
Rozilawati Kidam
Fariq B. Salman

6. Naib Juara Berkumpulan :
Kumpulan 8
Nur Izyani Binti Kamarul Bahrin
Zakaria Bin Mamat
Mohd Hanif Bin Hassan
Irwani Noorbaiti Binti Abd Samad

7. Tempat Ketiga Berkumpulan :
Kumpulan 11
Mohd Azlan Bin Abdul Abas
Mohamad Nizam Bin Sulaiman
Farhana Binti Kamarudin
Mohd Kamarudin


Hadiah pemenang adalah seperti berikut:
1. Juara Perseorangan Lelaki & Perempuan
a. Trofi Pusingan
b. Trofi
c. Hamper

2. Naib Juara Perseorangan Lelaki & Perempuan
a. Trofi Pusingan
b. Trofi
c. Hamper

3. Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga Berkumpulan
a. Trofi (seorang satu trofi)
b. Hamper

4. Saguhati kepada kumpulan yang tidak menang.

Kami bersurai kira-kira jam 7.45 malam.
Ehe~ korang tengok laporan rasmi pun sempoi je kan... ^^ (ape punya SU da~ huk3...). Tu pun kite alhamdulillah la Niza rajin nak buat laporan kan ^^ (terima kasih kepada diri sendiri).


Ok... Ni adalah 1st program yang Niza organized tuk KS1T dan juga merupakan event terakhir juga. Kenapa???? Ehe~ tu kenelah tunggu new entry on June okay~


Ape2pun... warga T3liti memang best~ ^^

Wassalam

info:
Bowling Mega Lanes, Sunway Pyramid
Bowling Rates and Business Hour
Business Hours
Monday to Thursday & Sunday
Friday, Saturday & Public Holiday
9.30 am – 1.00 am
9.30 am – 2.00 am
RATE
Monday to
Friday
Non MembersMembers & Co.Tournament

9.30 am –
8.00 pm

RM8.00 per game
RM48.00 per hour per lane
RM5.00 per game
RM30.00 per hour per lane

8.00 pm
onwards

RM8.00 per game
RM48.00 per hour per lane

RM6.20 per game
RM37.20 per hour per lane

Saturday,
Sunday

& Public
Holiday

RM8.00 per game
RM48.00 per hour lane

RM6.20 per game
RM37.20 per hour per lane

STUDENT RATE : RM 3.30 per game
(Applicable until 8pm on Weekdays & 2pm on Weekends/Public Holiday)
SHOE RENTAL : RM 2.50 per pair
SOCKS : RM 3.00 per pair
Contact No. :603-74926307

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri