Perihal Kucing Ku Beranak~

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, May 3, 2011 [ ]

Winamp: Ringgit Berjuta by Spoon
Status FB: waiting for someone's sms....hurm....

Assalamu'alaykum wbt,
Ceritanya bermula begini, seperti biasa, sekitar jam 2.43pm-3.30pm Niza akan mengalihkan kereta yang Niza parking jauh dari office ke tempat berdekatan. Pada Jumaat lepas bersamaan dengan 29 April 2011 (tarikh birthday Yoyo), jam 3.22petang, handphone sony ericsson K5330i Niza berbunyi lagu "Cerita Hati" nyanyian dari Hafiz Hamidun menandakan panggilan tersebut adalah dari family Niza. Melihat gambar di skrin, menunjukkan panggilan tersebut dari mak Niza.

"Assalamu'alaykum" jawab Niza.
"Wa'alaykumussalam. Niza, ada berita baik, nak dengar tak?" Kata Mak.
"Black beranak???!" Soal Niza tanpa menjawab pertanyaan Mak.
"A'ah.. tadi incik bagitau. Mak kat Ikea ni".

Ye... Niza memang dah agak yang Black akan beranak hari tu.. coz sebelum Niza keluar pergi kerja pada hari tu, Black langsung tidak masuk bilik seperti selalu dan memang telah tergetus dihati ini. Niza agak pening juga sebab Black dah beranak sebelum sempat pindah ke KAFA baru coz Niza tahu Niza akan menghadapi kesukaran tuk bawa baby Black & Black.

Pulang dari kerja, Niza terus jumpa makcik Niza yang tinggal di KAFA. Makcik Niza beritahu yang anak Black sekor je dan dah mati. Niza masuk ke bilik dan jenguk ke dalam kotak yang menempatkan anak Black sambil diikuti Black disisi Niza. Ye, memang anak Black dah mati. Kesian Black. Sayu melihatnya, ibu muda yang kematian anak.

Tapi, Niza tak rasa anak dia sekor je. So, Niza ajak Black keluar rumah dengan harapan dia membawa Niza ketempat anak-anak nye yang lain. Tapi hampa, dia hanya mengikut kemana Niza pergi sahaja. So, Niza pun masuk semula ke dalam rumah. Ketika Niza hendak mula makan, Mak Niza menjerit.

"Niza, tu Black bawa anak dia"

Terus Niza meletakkan pinggan nak mengejar Black. Niza amik baby Black dan letak di dalam tilam kucing. Kemudian Niza suruh Black amik lagi anak dia. Black kebelakang dan ambil anak dia lagi, tapi dia patah balik ke tempat dia ambil tadi dan Niza terus ikut dia. So, Niza dah tahu tempat persembunyiaan dia. Kemudian Black ambil anak dia yang tadi letak semula ke tempat persembunyian. So, tahulah Niza anak Black ade lagi 2 ekor. Anak Black yang mati itu pula, telah Niza tanamkan. Malah, Black sendiri ada ketika Niza mencangkul tanah tuk menanam anak nya itu.

“Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu” - Pesan Rasullah
Meskipun baru beranak, sudah bergelar ibu dan anak-anak masih dalam susuan, Black tetap manja dengan Niza seperti selalu. Black duduk antara lappy dan Niza ketika Niza sibuk mengadap internet, masih juga menyendeng2 di tangan dan kaki, masih juga mahu di pegang dan di usap. Itulah Black.

Keesokkannye, Niza dan abang sulong Niza sibuk memindahkan barang-barang dari KAFA lama ke tempat KAFA baru. Niza turut pindahkan Kecik, Black dan baby Black. Punyelah susah Niza nak ambil anak dia coz dia letak anak dia dalam stor di dapur, di bucu bawah almari. Niza terpaksa ambil penyapu, tarik anak dia ke depan dan ambil dengan menggunakan kain. Black hanya memerhatikan tingkah Niza tanpa sebarang bunyi. Black selalu begitu, seolah-olah percaya apa yang Niza lakukan untuk dirinya. ^_^
"Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik" [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – no: 23]
Niza masukkan anaknya dalam tilam kucing, kemudian Niza memasukkan Black ke dalam pet carier. Di KAFA baru, Niza sudah sediakan semua keperluan Black di dalam sangkar, so ketika sampai di sana, Niza terus masukkan tilam kucing ke dalam sangkar kemudian memasukkan Black. Niza terpaksa kurung Black coz Niza tak mahu dia banyak keluar dari sangkar tanpa mempedulikan anak-anaknya. So far, sebenarnya dia masih menjaga anaknya, Black masih akan masuk ke sangkar tuk menyusukan anaknya walaupun Niza membiarkan dia bermain di luar sangkar. Seperti yang Niza pernah ceritakan sebelum ini, kucing-kucing Niza selalu ada disisi Niza meskipun Niza sedang menggosok baju, duduk di meja atau dimana-mana sahaja, dan Black juga masih begitu walaupun sudah bergelar ibu. ^_^

"Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah." [Shahih al-Bukhari – no: 3318]
Selama 3hari Niza sibuk dengan urusan pindah dan mengemas. Niza tempatkan kucing-kucing Niza di balkoni bilik Niza. Siap letak tikar di situ. Keperluan Black semua di dalam sangkar manakala keperluan Kecik di luar sangkar. Niza turut sediakan sebuah kotak dimana di dalamnya terdapat sebuah bantal tuk Kecik. Kalau agak-agak tak jumpe Kecik, samada dia dalam kotak tu atau bermain di atas bumbung di luar balkoni Niza.

Mula-mula keluar dari bilik Niza, kedua-dua kucing Niza kehairanan melihat tangga turun ke bawah malah Black langsung tidak berani tuk turun tapi Niza dukung Black hingga ke bawah. Setiap kali Niza turun, kucing-kucing Niza akan turut turun. Niza tak ada masalah tuk panggil Black naik ke atas tapi menjadi masalah tuk Kecik. Berkali-kali panggil barulah tahu tuk naik atas.

Perkara yang paling merisaukan Niza, kalau-kalau mereka ni pandai keluar rumah dan pergi ke rumah lain. Really hope biarlah mereka terus-terusan takut tuk bertemu orang lain. Terutama Kecik. Kecik, meskipun bukan la spesis kucing parsi yang mahal harganya, tetapi Niza berabis beribu jugak tuk operationnya dan Kecik adalah kucing yang paling dekat dihati Niza. Kedatangan Comel (dah hilang) dalam hidup Niza memecah kesunyian dan kesedihan hati ketika itu dan ketiadaan Comel diganti dengan Kecik. Keciklah yang selalu mendengar doa-doa Niza selepas solat, menjadi tempat Niza bercerita kadang-kala, menjadi peneman menonton cerita, menjadi "alarm" subuh, menjadi peneman Niza dan penghibur hati Niza sentiasa ^_^.

Okay, tu je la story dari Niza kali ni. Semoga bertemu lagi ^_^

"Terdapat beberapa hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang memberi perhatian khusus kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Hadis-hadis tersebut menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang menjaga kebajikan haiwan dan ancaman yang berat bagi sesiapa yang meremehkannya."

WaAllahulam

Haiwan Di Dalam Islam. Klik disini.

notakaki: ppssttt...walaupun sayang haiwan... tapi jangan sampai mengabaikan manusia... salah tu!~

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri