Training di Bumi Johor Darul Takzim

Posted by NIZA.Ati on Sunday, June 19, 2011 [ ]

Winamp: Stay The Same by Joey Mclntyre.

Assalamu'alaykum wbt,
Sudah ngam 2 minggu Niza di bumi Johor Darul Takzim. Seperti yang pernah Niza beritahu sebelum ini (disini) Niza sudah mula bekerja di syarikat swasta lain bermula 1 Jun 2011. Masih dalam bidang berkaitan dengan dunia teknologi maklumat (skema nye la ayat..huk3~) cuma kali ini yang berbeza adalah Niza menggunakan "bahasa" yang berlainan. Bukan bahasa melayu, cina atau lain2 tapi bahasa pengaturcaraan (programming language) yang lain dari kebiasaan Niza pakai. Dunia programming tak lari dari logik yang sama tetapi syntax yang berlainan pada setiap language.

Jadi, ape yang Niza buat di bumi Johor ni? :) Kali ni, programming language yang akan Niza gunakan sepanjang Niza bekerja nanti merupakan programming language yang tidak pernah di ajar di universiti melainkan melalui program yang ditawarkan sendiri daripada pengeluar software. Itulah sebabnya kenapa Niza berada di bumi Johor ini, bagi mempelajari syntax programming language ini yang dikenali sebagai ABAP.

Buat pertama kalinya Niza drive sejauh ini seorang diri (maksud Niza, all the way, Niza je yang drive) memandangkan kawan Niza yang turut serta kurang yakin tuk drive.... huk3... Niza bukan tak pernah drive jauh tetapi before ni cuma drive KL-Sunway-Cyberjaya-KL-Selayang-KL. Macam tu je. Kalau combine semua tu jauh gak la kan ^^.

Memandangkan perjalanan jauh, Niza awal2 sudah services kereta. Tukar minyak hitam, pam tayar dan refill air. Bimbang dalam perjalanan berlaku apa2. Alhamdulillah, Niza selamat tiba di Skudai pada 11.30pagi 5 Jun 2011. Niza dan kawan bermalam di hotel berhampiran sebelum mulai masuk ke Scholar's Inn UTM pada 6 Jun 2011.


Kehidupan di sini, biasa sahaja. Pagi ke kelas, tengahari balik rumah tuk lunch & solat, kemudian ke kelas. Petang around jam 5 balik rumah. Segala-galanya biasa sahaja. Bila bosan, Niza ke kandang kuda atau kemana-mana sahaja di dalam UTM yang boleh mengisi kebosanan.

Dalam UTM ni menarik, macam-macam binatang Niza jumpe. Monyet (paling banyak dalam UTM ni), tupai, kucing (ni common la kan), arnab, rusa, kuda, biawak (ni pun biase je). Setakat ni, itu je lah. Selain tu, sempat juga Niza memancing di tasik di UTM ni. ^^

Tempat di luar UTM ni yang telah Niza pergi adalah JJ Skudai, Giant Skudai, Pasar Malam Taman Dahlia, Danga Bay (gile bosan...kompem x nak g lg~), Skudai Parade (ni pun bosan~ huk3). Itu je la kot~ Ntah la, rindu KL sebenarnya. Biarpun di KL tu jem etc tp KL jugak la yang happening. Bukan kate Johor tak best, best duduk sini cuma tuk Niza tinggal lama di sini susah kot (len la lau pg bercuti ^^). Mungkin sebab lama Niza tinggal di bandar yang serba mencabar tu. Fine la, ok... 2tahun lebih Niza di Sarawak tapi bezanya, dulu Niza fully student disana. But now, dah kerja. Kalau kebanyakkan masa di sini busy dengan assignment etc maybe tak lah terasa sangat kebosanan kan~. Sekurang-kurangnya, walaupun sabtu-ahad Niza tak keluar ketika berada di KL, xlah sebosan Niza berada disini. Hu3....

Tapi takpe, insyaAllah masa-masa akan datang akan terisi dengan aktiviti2 yang telah dirancang ^^ Paling penting, Niza nak belajar betul2. I do love programming. Heh~ kata seorang adik yang sama-sama join training, ni lah 1st time die dengar orang perempuan suka programming. So far~ alhamdulillah adik2 kat sini pun ok. Orang-orang dalam UTM ni pun ramah (sebab tu Niza siap boleh mancing lagi sebab ade pakcik tu bg Niza test mancing pakai joran dia ^^).

In da same time skrg ni, Niza agak tensen gak la dengan jerawat2 yang tumbuh di muka ni sejak pertengahan bulan 5 aritu (sejak KL hadapi cuaca panas selama 2minggu). Haish~ Niza dah survey klinik dermatologist yang bagus di Johor ni. InsyaAllah lagi 2minggu Niza akan ke sana. Hu3... Selain tu, gigi yang berlubang ni pun nak kena tampal. Dah sebulan... before ni tak berkesempatan.

Doakan Niza menghadapi tempoh pembelajaran tuk kerjaya Niza ni dengan baik k. ^^ Wassalam.

notakaki:
1- rindu sangat kat Black, Omat & Antek... n_n
2- Nak tau ape yang best kat sini? TUDUNG MURAH!!! ^^
3- Niza terlihat sesuatu di FB td... tiba2... "hurm...xpe..dah rezeki die" :)

categories: , | edit post

3 comments

  1. Anonymous Says:
  2. very nice pics and words..
    hurm u r a creative person rite?
    enjoy with all the photos...

    tqqqq.........
    c u in abap class, he........

     
  3. echasuzrin Says:
  4. Kak na' z !!! Lame ke kat utm?? Utm best kan... hehe... bulan 9 akak ade lg xkat sane?? Hoping to see u... lame gle xjmpe.. huhu

     
  5. NIZA.Ati Says:
  6. echa... akak dua bulan je training kat sini... dah abes dah..rini baru abes xm.. jumaat ni pas penutup akak balik KL coz nx week akak dah masuk proj..hukhukhuk..xdan nak jumpe..sory dik..

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri