2011 Steps to Everything

Posted by NIZA.Ati on Saturday, December 31, 2011 [ ]

Winamp: Kekasih Halal by Wali Band

Assalamu'alaykum wbt,
Dalam tempoh beberapa jam lagi 2011 akan melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, dalam tahun 2011 ini walaupun tidak terlalu tinggi langkauan langkah ini, but its a step of my everything~

Memulakan tahun 2011 bersama Alumni Comrade di Kampung Orang Asli Teji, Abu dan Selangkar adalah suatu permulaan tahun yang baik pada saya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkhidmat kepada masyarakat terutama dalam membawa Islam sebagai cara hidup. Namun kesibukan kerja membuatkan saya tidak mampu untuk join program terutama bersama Yayasan Al-Khalifah bermula bulan Jun 2011.

Sambutan hari lahir saya yang ke 25 di Taman Tasik Titiwangsa sangat comel pada saya walaupun simple + main sebenar aktiviti hari tersebut adalah meeting "Geng Belantara" (yang sekarang ni xtau la ape ceritanye~ Kalau mahu hidup insyaAllah akan hidup, tp ape yang saya tahu, AJK2 mereka masih kerap membantu dan berdakwah).


Alhamdulillah, dengan izin dariNya, akhirnya saya dapat menceburkan diri dalam SAP setelah hampir 2 tahun saya berusaha tuk terlibat dalam SAP.

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiya: Ayat 35)."
Dalam masa hampir 2 tahun saya tak pernah berhenti berdoa moga Allah berikan peluang kepada saya dalam kerjaya dan kehidupan saya. Bukan tidak berpuas hati dengan kerja lama, tapi kite lebih tahu ape yang kite mahu. Saya tidak mahu membuat pekerjaan yang sama tanpa ada cabaran dan saya tak mahu setiap hari saya adalah hari2 yang biase. InsyaAllah maybe berkat doa Mak terchenta di tanah suci ketika menunaikan umrah juga adalah faktor akhirnya saya dimudahkan rezeki dan urusan berpindah ke company baru dan bekerja dalam SAP (masih dalam industri IT).


Sebagai orang baru dalam SAP, bukan mudah tuk mengharungi tempoh2 pembelajaran, tetapi saya harus kuat usaha demi masa depan dalam kerjaya saya. 2 bulan saya dihantar training di Skudai dan pulang ke KL terus masuk project di S@pura@. Now, masih lagi belajar... belajar melalui tugasan. Syukur tidak terhingga kepadaNya kerana memberi kesempatan kepada diri ini, juga kepada BC Syn3rgy C0nsulting kerana memberi peluang kepada saya.

Bulan 6 onward saya teramat busy dengan kerjaya saya. Alhamdulillah, rezeki Allah beri tidak terhenti hanya disitu, saya juga mendapat tawaran kerja freelance. Sebenarnya saya tidak mencari client untuk kerja freelance melainkan ada permintaan. Alhamdulillah di penghujung 2011 saya mendapat 2 project malah awal bulan Januari 2012 saya akan memulakan second enhancement saya untuk Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.


Dalam tempoh 2007-2011 saya membuat kerj freelance, bekerjasama dengan pihak Al-Hidayah adalah yang paling menyeronokkan buat saya. Pengalaman saya melihat mereka mengubat orang di depan mata saya, pengalaman mereka handle orang2 yang terkena ganguan iblis etc. Selama ni hanya lihat di kaca tv which of course saya kurang nak mempercayai. TV, dunia hipokrik. Bukan tidak biasa. Saya membesar dengan melihat kebenaran disebalik rancangan di TV. That's the reason saya tidak akan mempercayai sesuatu selagi tidak lihat depan mata saya.

Ahha~ ramai pula wanita yang jeles bile saya dapat jumpe Ashraf Muslim secara life kerana beberapa kali sudah ke pusat rawatan tersebut atas tujuan kerja. Ye~ hanya atas tujuan kerja, lagipun suami orang tu ^^ Besides, saya bukanlah peminat die :) Tapi, he's really a nice guy.

Alhamdulillah, pada tahun ini juga Mak saya selamat menjalani ibadah haji dengan sempurna. Moga hidup kite menjadi lebih baik. Tidak lupa juga kepada my second bro, c0ngrats for his wedding. Saya dapat kakak ipar ke 2. But the things that I really don't like is > "NIZA bile lagi?" I really hate that question. Allah ada jawapan pada persoalan itu. Saya rasa tak perlu bertanya bilamana tahu saya bukan menjadi tunangan sesiapapun~

Paling saya tak suka "NIZA ada boyfriend x"? "NIZA dengan siapa sekarang"? Hello!~ my MOM pun tak tanya ok... so don't pretend to be VERY CONCERN with me sedangkan saya tahu niat sebenar pertanyaan dia tu. I don't need "special boyfriend" kalau sekadar dia nak bawa saya buang masa keluar jalan2, tengok wayang, pegi makan sane sini etc. Lebih baik la BAKAL SUAMI saya tu pergi berdakwah, tolong orang susah, simpan duit demi masa depan bersama (berkahwin, keluarga etc) daripada tambah dosa saya, dia dan abah saya~

Wah~ tetiba "panas" plak jap kan.... ok2... kasi cool skit... Alhamdulillah tahun ini juga saya mendapat 6 ekor "cucu" yang sangat comey2. 2 ekor sudah berumur 8 bulan dan 4 ekor lagi baru 2 bulan lebih. To be honest, selain daripada hal KERJA dan FAMILY masa saya juga digunakan untuk menguruskan kucing2 saya yang comey2 tu. Maybe berkat lahirnya Omey & Didi (anak Black 1st kelahiran) + doa mak + doa saya = saya dapat kerja dalam SAP. Maybe berkat kelahiran anak Black yg 2nd ni saya mendapat kerja freelance. :) Who knows. Allah knows. :)

Dan yang terakhir.... istiqarah saya belum berakhir... andai jawapan yang pernah saya dapat dalam tahun ini adalah suatu kepastian, saya berharap agar tahun mendatang Allah mempermudahkan urusan saya dalam mendapat petunjuk.


So, selamat tahun baru masihi kepada semua... JANGAN PERNAH BERHENTI BERUSAHA!~

Wassalam

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri