Ku Doa Moga Dia Istiqamah

Posted by NIZA.Ati on Friday, February 17, 2012 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,

Pabila melihat siapa mereka suatu masa dahulu, dan siapa mereka sekarang, alhamdulillah, syukur dan benarlah manusia itu mampu tuk berubah menjadi lebih baik jika berusaha tuk mendapat hidayahNya.

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...." Ar-Ra'd : 11

Apa2pun, moga mereka istiqamah dalam menjalankan amanah yang telah Allah berikan. Really hope si dia ni, semakin hari semakin lebih baik, bukan dia sahaja malah kita semua.

Sungguh, buktinya Allah masih cintakan ummatnya, diberikan musibah agar kita berfikir dan kembali padaNya. Namun, pada kita yang leka dan alpa, seringkali menyalahkan takdir.

"...Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya." Ar-Ra'd : 4

Alhamdulillah, inilah antara orang-orang yang mahu berfikir tentang kekuasaan Allah. Nyatanya, untuk berubah dan istiqamah bukanlah mudah, kerana iman kita yang sering berbolak-balik dengan nafsu (kemewahan, kesenangan etc). Berdoa, bermohon kepada Allah sebaik-baik perlindungan dan sebaik-baik pertolongan.


Usah melihat pada keburukan yang lama sedangkan dia kini berusaha tuk jadi lebih baik, malah mungkin dia mampu tuk jadi lebih baik dari kita. :) tiada manusia yang baik tanpa kesilapan dan tiada manusia yang jahat tanpa kebaikan kerana kita hanya manusia biasa.

Niza bukanlah peminat fanatik beliau sebenarnya, hanya suka melihat performance nya sahaja, tapi ape yang membuatkan Niza tertarik hati dengan dia kini, kerana dia mahu berubah. Itu adalah lebih baik. WaAllahualam. Apepun, moga Aizam istiqamah dalam perubahan ini. Amin. :)

Wassalam

notakaki: moga Ustaz Aizam menjadi orang yang lebih baik dari sehari ke sehari.. :)

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri