Winamp: I'tiraf by Raihan.
Assalamu'alaykum wbt,
Lately Niza rase macam stress sangat... perasaan rindu pada kota Mekah pula semakin meluap2... meski tidak pernah ke sana, tapi sejak dari kecil Niza tersangat mahu ke sana. InsyaAllah, kalau sudah sampai masa, Niza akan ke sana. Moga dipermudahkan.
Tension? Makin tension dengar lagu "tension" dari Aizam. Ape yang ditensionkan? Terasa tension dengan soalan2 mengenai perkahwinan... Tension bila family sudah mulai bertanya. Bukan setakat tanya secara general, tapi siap specific name lagi.
Ohw, macamana Niza nak sebut pada mak. Segalanya bukan mudah, semudah memilih ikan di pasar. Terlalu banyak perkara yang perlu kita nilai.
Kadang-kadang:
1. Ade orang sukakan kita, tapi kita tak serasi tuk bersamanya.
2. Ade orang yang kita suka dan serasi bersamanya, tapi belum tentu dia suka kita.
3. Ade orang sukakan kita, tapi dia merokok.
4. Ade orang yang kita suka tapi kita tak pernah tahu hatinya. Mungkin dia pernah menunjukkan seperti dia sukakan kita, tapi as time goes by, kita tak tahu kenyataannya.
Oleh itu, ape yang Niza buat sekarang? Just go with flow of life. Kerja, itu keutamaan Niza. Niza tak mahu mencari, biarlah orang yang sayangkan kita tu benar2 sayangkan kita dan menunjukkan EFFORT tuk menjadikan kita suri dalam hidupnya. Ape yang mampu Niza lakukan, hanya berdoa dan beristiqarah. Itu sahaja yang Niza mampu. Tolonglah, tolonglah jangan serabutkan hati dan fikiran Niza dengan perkara begini. Jika sudah jodoh, pasti akan ade yang datang.
WaAllahualam.
Wassalam
0 comments