Duhai Bakal Suami Ku

Posted by NIZA.Ati on Thursday, April 26, 2012 [ ]

Winamp: Lagu Sedih by VIP


Assalamu'alaykum wbt,


Benarkah itu cinta.. Kalau kita semakin keji dan hina? Benarkah itu cinta, kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri? Benarkah itu cinta, kalau kehidupan kita hilang pedoman lalu terdampar dipantai maksiat?


"Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan"

Duhai bakal suamiku..
Dan ketika dirimu resah dalam menanti kehadiranku, berdoalah pada Allah dan mohonlah hanya kepadaNya dan berusahalah kerana aku hanya insan yang tiada daya upaya dan sesungguhnya Allah pemilik nyawaku..

Duhai bakal suamiku..
Dan aku mengharapkan agar dirimu memohonlah pada Dia yang berhak.. Milikilah jiwaku keranaNya.. Dan milikilah hatiku dengan izin Allah SWT.. Dan milikilah cintaku, diriku kerana agamaNya..

"Pada disaat aku jauh darimu,aku kan selalu jaga hatiku utkmu.. Akan aku selalu menjaga hatiku buatmu"

Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya.. Dan kadang kala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya

Duhai hatiku..
Namun setelah sekian lama, aku merasa lelah berharap, letih menanti sesuatu yang tidak pasti.. Kerana aku merasa diberi harapan kosong dan tak pernah kamu beri jawapan.. Membuatkan aku sendiri terdampar di lautan persoalan yang penuh dengan jawapan tak pasti..

Duhai bakal suamiku..
Di sinilah bermulanya perjalanan menuju destinasi yang tinggi dan mulia.. Dan apabila kita sedar bahawa kita perlu berubah dan sentiasa meningkatkan diri.. Inilah langkah pertama bagi menacapai apa saja bentuk kejayaan yang diimpikan.. Langkah pertama ini akan mencetuskan langkah kedua dan seterusnya..

Duhai bakal suamiku
Dan disinilah letaknya keajaiban dalam perjalanan hidup kita, hanya kita yang memulakan perjalanan ini.. Asalkan kita memilih untuk mulakannya sekarang maka perjalanan ini akan bermula dan sekiranya kita ingin berhenti maka perjalanan kita juga akan terhenti..

Duhai bakal suamiku..
Engkaulah yang akan membimbingku.. Dan engkaulah akan punyai tanggungjawap terhadap kita.. Agar engkau selalu ada kekuatan di dalam dunia kita nanti.. Akan aku selalu ada disampingmu duhai bakal suamiku




Wassalam

Source: Click Here

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri