Hidup Adalah Satu Perjalanan

Posted by NIZA.Ati on Monday, April 30, 2012 [ ]

Winamp: Jodoh dan Takdir


Assalamu'alaykum wbt,


Hidup adalah satu perjalanan..
menuju persada pertemuan..
hari penentuan segala amalan..


Tuhan itu sentiasa hadir dalam setiap penjuru waktu..
Tuhan sentiasa muncul dalam gembira dan sugul..
kita sering bertemuNYA dan berbicara..
pada dinihari yang sunyi..
pada malam sepi..
bahkan bersama tiap nafas ingatan kepada Tuhan sentiasa berbekas..

Dalam perjalanan dan perasaan..
airmata itu lebih dekat kepada Tuhan..
tawa dan senda kemanisan hidup insan..
namun Tuhan jarang ternampak dalam gelak dan sorak..


Hidup sentiasa manis dan indah..
ufuknya lebih luas dan terserlah..
dari jangkaan jiwa yang gundah..
dengan syarat kita sentiasa berpeluang menemui Allah..
berbicara denganNYA dalam senang dan susah..
bermanja dengan airmata dan roh yang luka..

Berjalanlah wahai hidup ini..
bertemulah dengan apa yang kau jangka dan kau tidak dugai..
senyumlah dalam nurani, sekalipun terpaksa menangis di pipi..
rahmat Ilahi itu menyising di setiap kehidupan insani..
berjalanlah di muka bumi sehingga detik hari tiada nafas lagi...


Wassalam

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri