Kasih Sayang dalam Sebuah Perjalanan Kehidupan

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, September 4, 2012 [ ]

Winamp: Tetap Bertahan by Wali Band

Assalamu'alaykum wbt,
mengenangkan apa yang berlaku sepanjang kehidupan, membuatkan diri tersedar. Hidup ini bukan seperti yang kita selalu harapkan dan rancang, kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.

Ada manusia yang datang dan singgah dalam kehidupan kita, namun tak semuanya yang akan kekal dalam perjalanan kehidupan kita.

Begitu juga rasa cinta. Hakikatnya cinta manusia itu bermusim. Hakikatnya yang indah itu tidak kekal. Hakikatnya hidup juga tak semestinya bahagia dipandangan manusia. Hakikatnya kebahagiaan itu ada di jiwa, jika Allah sandaran kita.

Jangan pernah tangisi apa yang berlaku. Jangan pernah tangisi apa yang dah berlalu. Setiap kejadian, pertemuan dan perpisahan segala-galanya punya hikmah yang tersendiri. Bersangka-baiklah dengan Allah. Ada sebab kenapa Dia pertemukan kita dengan mereka yang pernah menyakiti hati kita.

Tersenyum sendiri, bila teringatkan apa yang pernah berlaku. Rupa-rupanya masih ada sisa kepedihan di dalam hati ini meski sudah bertahun-tahun berlalu dan walaupun telah memaafkan. Benarlah kata orang, parut di jari lama kelamaan kan pudar jua, tapi parut dihati sukar sekali. Meski mampu tersenyum pada kenangan. :)

Tiada kebencian dan tiada kemarahan di hati ini. Syukurku kerana Allah memberi petunjuk sebelum jauh melangkah kehadapan.

Hakikatnya, pengalaman mendewasakan dan mematangkan kita. Sabarlah dalam meniti perjalanan kehidupan, seperti mana sabarnya si unta di tengah panas teriknya mentari di padang pasir.



Ulama telah buat kajian tentang unta, didapati unta ada sifat-sifat terpuji yang harus diikuti oleh manusia, antaranya (secara ringkas) ialah:

1. Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, oleh sebab itu dia mampu merempuhi padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang bantahan. Justeru, manusia kena belajar sikap tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam.

2. Unta mentaati tuannya, 
oleh sebab itu dia senang dipelihara. Justeru, manusia kena taat Tuhan dan mudah amalkan agama.

3. Unta mengenali tuannya dan ingat tempat kembali, sebab tu dalam hukum fiqh jika ada jumpa binatang yang sesat maka boleh ambil untuk diiklankan kecuali unta sebab unta akan tahu sendiri jalan pulang. Justeru, manusia kena kenal dan tahu tempat kembali iaitu akhirat maka sentiasa beramal untuk akhirat.

4. Unta tidak akan melakukan hubungan seks di hadapan manusia kerana sikap malu yang tinggi, bahkan jika dia tahu ada manusia yang intai waktu dia mengawan maka dia akan marah dan mungkin akan bunuh orang tersebut. Justeru, manusia pun kena ada sikap malu yang tinggi, bukan senang-senang buat maksiat depan khalayak orang, bahkan ada manusia yang lebih teruk dari binatang dalam bab ni hingga tak malu bercumbu-cumbu di hadapan orang.

5. Unta tidak akan berkongsi bini macam binatang lain. Justeru, manusia juga harus jaga maruah dalam berkeluarga.

6. Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling, jika musim sejuk maka kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika musim panas pula dia akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri. Justeru, manusia harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana keliling.

7. Bahagian-bahagian dari diri unta banyak manfaatnya, hati unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta pun boleh dijadikan ubat. Justeru, manusia kena jadikan diri mereka sentiasa memberi manfaat untuk umat bukannya mudarat dan racun bagi umat.

Dan sebenarnya banyak lagi yang boleh disyarahkan dan ditafsirkan dari sikap-sikap unta untuk renungan manusia. Apa yang dah diberi tu pun cukup sebagai pengajaran buat manusia yang sering bongkak dan sombong terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah swt. Kita sebagai manusia harus mensyukuri nikmat Allah bukannya merasakan diri kita lebih bagus. Dan semoga kita mengambil manfaat daripada sifat-sifat kejadian unta


http://tajdid-dakwah.blogspot.com/2010/05/hikmah-dan-kelebihan-unta.html



Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti 
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

Wassalam :)

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri